Thursday, September 10, 2015

MUQADDIMAH USUL HADITH 2 ( 10/09/2015)

Mukaddimah Usul Hadis 2

Terjemahan teks buku Mabahis Fi Ulumil Hadith:

Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menganjur agar mendengar hadisnya dan menghafaz serta menjaganya dan menyampaikannya.


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ


Dari Zaid bin Tsabit ia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Semoga Allah memperindah dengan bercahaya kepada orang yang mendengar hadits dariku lalu menghafal dan menyampaikannya kepada orang lain, berapa banyak orang menyampaikan ilmu kepada orang yang lebih berilmu, dan berapa banyak pembawa ilmu yang tidak berilmu."


Hadis riwayat Abu Daud , An Nasaei, Ibn Majah dan At Tirmidzi, dan dia berkata hadis ini Hasan.


وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ


Dan dari Abdullah bin Mas'ud berkata; aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Allah akan memperindah dengan cahaya kepada orang yang mendengar sesuatu dariku kemudian dia sampaikan sebagaimana dia mendengarnya, betapa ramai orang yang menyampaikan lebih faqih dari yang mendengar.

Abu Isa berkata; 'hadits ini Hasan Shahih,

*Penerangan:

1- Lafaz نَضَّرَ bermaksud Allah kurniakan wajah bercahaya,bersih ceria dan boleh juga dimaksudkan dengan Allah mengelokkan perbuatan seseorang hingga beroleh kejayaan dunia akhirat.


2- Lafaz وَرُبَّ ada dua terjemahan:

(a) Amat sedikit / kadang-kadang

(b) Amat banyak / ramai


3- Maksud hadis "kadang-kadang banyak juga dikalangan yang disampaikan padanya (pelajar) lebih pandai dari yang menyampaikan ilmu (guru).

Jadi hadis ini mengajak kita semua belajar ilmu dan tidak taksub dengan guru. Sebab kadang-kadang pelajar lebih mengerti ilmu secara mendalam kerana ramai gurunya dan banyak tambahan ilmu lain. Dan ini juga menganjur kepada orang alim agar sentiasa menambah ilmu.
Jangan mudah rasa cukup dengan ilmu yang ada.
Hasilnya akan bertambah ilmu dan bersikap lebih terbuka menerima apa saja perkara yang baru lagi benar.


Sambung teks buku.

Dan periwayatan hadis sentiasa tinggi kemuliaannya kerana ada di kalangan umat manusia yang adil lagi jujur (ulama) yang sanggup mengambil berat tentangnya agar terpelihara warisan peninggalan Nabi صلى الله عليه وسلم.


Seperti sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم

«يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلين» . رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ

"Akan mendukung ilmu ini oleh dikalangan setiap manusia terkemudian yang adil, mereka menafikan penyeleweng dari pelampau, fahaman golongan batil dan tafsiran penerangan dari orang bodoh"

Hadis Sohih riwayat Al Baihaqi.


*Penerangan hadis di atas : 

1- Sentiasa ada dikalangan manusia selepas dari ulama silam, manusia yang jujur mendukung serta membela dan menyampaikan ilmu ini.
Iaitu ilmu yang datang dari Nabi صلى الله عليه وسلم.. Mereka lah akan mempertahan Islam dengan menepis segala dakyah-dakyah jahat di kalangan manusia yang jahat ingin merosakkan kesucian Islam ini.
Dan dengan ilmu ini juga dapat menolak segala fahaman-fahaman sesat di kalangan manusia dan menjawab segala kekeliruan yang datang dari golongan sesat yang hendak selewengkan Al Quran dan Hadis.


2- Oleh itu sangat penting menguasai ilmu ini.. Dan hadis ini sebagai anjuran kepada kita semua agar mendalami ilmu Al Quran dan Hadis.


Sambung teks buku..

(Kesungguhan Para Sahabat) :

Dan mengikut riwayat masyhur dari Jabir رضي الله عنه "dia telah mengadakan perjalanan jauh ke Syam semata-mata kerana satu hadis dari Abdullah bin Unais

HR Ahmad dan Abu ya'la


Dan pernah Abu Ayyub رضي الله عنه bermusafir dari Madinah ke Mesir kerana hendak meriwayatkan Hadis dari 'Uqbah bin 'Amir.

HR Ibn Abdil Barri


Sambung teks

(Kesungguhan Para Tabein) :

Dan di kalangan Tabi'en dan ulama selepas mereka juga tidak kurang dari sahabat tahap kesungguhan mereka tentang ilmu hadis.


Bahkan di kalangan orang selepas sahabat-sahabat tetap bersungguh menurut jejak langkah para sahabat. Hingga Majlis-majlis pengajian mereka dihidupkan dengan ilmu-ilmu hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka sanggup bersusah payah mendapatkan hasil ilmu hadis serta sanggup bermusafir jauh dengan unta hanya kerananya.


Said Ibn Al Musayyab di kalangan Tabien besar pernah berkata " Sungguh aku pasti sanggup mengadakan perjalanan jauh beberapa malam dan siang hanya semata-mata satu hadis"

HR Ar Ramharmuzi dan Ibn Abdil Barri


Pernah 'Amir Asy Sya'bi ( tabien ) keluar pergi ke Mekkah kerana 3 hadis yang disampaikan padanya.
Dia berharap dapat bertemu dengan salah seorang sahabat dan boleh bertanya tentangnya.


Asy Sya'bi berkata: "Kami berikan ilmu hadis ini k3pada kamu tanpa sesuatu bayaran, padahal ada hal yang lebih remeh dari ini (persoalan masalah ini) dibawa ke madinah.."

HR Al Bukhari secara muallaq.

Maksudnya :

Ilmu hadis yang kamu pelajari sekarang kamu dapat percuma tanpa perlu susah payah mencari.. Padahal untuk dapat ilmu yang di anggap remeh persoalannya ada dikalangan ulama yang sanggup ke madinah supaya bertambah ilmu pengetahuannya..

Sudah ma'ruf di zaman dulu madinah adalah tempat pengajian ilmu terbesar.. Di tempat lain sudah ada ulama-ulama terkemuka pada zaman tu tapi masih ada di kalangan manusia yang sanggup pergi ke Madinah dan di mana saja tempat majlis ilmu walaupun sekadar mengambil satu hadis.. Sebab itu lah di kalangan mereka benar-benar memahami setiap hadis kerana mereka dapat dengan susah payah hasil usaha sendiri. Lalu mereka anggap sangat bernilai satu-satu ilmu yang datang dari Nabi صلى الله عليه وسلم
Jiwa dan sikap sebegini sepatutnya di kalangan kita semua patut buat sama.. Rebut lah peluang ketika masih ada peluang masa dan sihat..

Habis di sini terjemahan teks buku..


*****
Jadi, kesimpulannya.. Mulai hari ini kena tanamkan niat sungguh untuk belajar ilmu hadis ni.. Sbb selepas ini kena hafal teks buku pula.. Ilmu hadis wajib ingat jika nak mendalami ilmunya..

Jadi lah seperti para Sahabat atau pun Tabiean yang bersungguh berusaha untuk mengetahui ilmu ini.

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk dapat kebaikan.

No comments:

Post a Comment