Thursday, September 17, 2015

USUL HADITH SIRI 3 (17/09/2015)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،

Pengertian Hadis Mengikut Ahli Bahasa.

1-Hadis mengikut bahasa arab bermaksud الجديد iaitu baru. Di sebut juga :

 حَدَثَ يَحْدُثُ فهو حادِثٌ وحديثٌ حدوثًا

iaitu "sesesuatu yang baru terjadi."

2- Dan juga hadis bermaksud apa yang dipertuturkan dan dinukilkan.


Penerangan tentang sebutan lafaz kalimah حديث :

Lafaz حديث jika merujuk pada makna hadis sedikit dan hadis banyak , sama saja di panggil "حديث".
Dan boleh di jama' kan lafaznya dengan أحادِث secara jama' mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama' nya.


Pengertian hadis melalui lafaznya di dalam Al Quran :

Manakala di dalam Al Quran pula lafaz hadis bermaksud Al Quran seperti dalam surah alkahfi;

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Dan seperti firman Allah dalam surah ad dhuha;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Iaitu "hendak lah kamu sampaikan apa yang diutuskan kepada mu."


Pengertian Hadis mengikut istilah ahli hadis :

Hadis : Apa saja kesan peninggalan hidup Nabi صلى الله عليه وسلم berupa;
1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya
4- sifat dan akhlaknya
5- perjalanan hidupnya, samada sebelum atau selepas diutusnya dia menjadi Nabi.


Manakala sebelum diutusnya dia jadi Nabi maka ia tidak hadis.

Kerana maksud hadis ialah dapat beramal dengannya melalui ketetapan hukumnya. Oleh itu ia tidak hadis melainkan selepas kenabian.


Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah mengulas tentang hal ini :

Kitab-kitab yang ada di dalamnya perkhabaran dari Nabi صلى الله عليه وسلم seperti kitab-kitab tafsir, kitab-kitab sejarah dan peperangan, dan begitu juga kitab-kitab hadis.

Dan kitab-kitab hadis hanya lah perkhususan setelah kenabian. Oleh itu jika ia diceritakan sebelum kenabian tentu lah perkara itu tidak disebut untuk di terima pakai dan juga tidak disyariatkan apa-apa sebelum kenabian.
Bahkan sudah ijma' bersepakat ulama menetapkan yang diwajibkan ke atas hamba-hamba Allah beriman dan beramal hanya lah apa saja syariat yang datang setelah kenabian.

Soalan :

1. Apakah maksud " jama' mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama' nya. "

Ni istilah nahu sorof.. Maksud jama' ialah kalimah yg bermaksud ramai atau banyak..mukassar pula kalimah jama' yg di bina bukan dgn kaedah2 khusus bahkan hanya boleh tahu dgn banyak hafal kalimah2 nya saja.

Istilah berbeza secara istilah saja.. Tapi beramal lebih kurang sama..kerana semua syarat2 lebih kurang saja.penerangan2 sebegini agar org yg bukan berbahasa arab boleh faham secara maksud bahasa arab dan istilah syara'.. Yang penting istilah ahli usul.. Lebih sesuai utk diamalkan..kalau istilah ahli hadis pula utk penerimaan hadis.

2.

Thursday, September 10, 2015

MUQADDIMAH USUL HADITH 2 ( 10/09/2015)

Mukaddimah Usul Hadis 2

Terjemahan teks buku Mabahis Fi Ulumil Hadith:

Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menganjur agar mendengar hadisnya dan menghafaz serta menjaganya dan menyampaikannya.


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ


Dari Zaid bin Tsabit ia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Semoga Allah memperindah dengan bercahaya kepada orang yang mendengar hadits dariku lalu menghafal dan menyampaikannya kepada orang lain, berapa banyak orang menyampaikan ilmu kepada orang yang lebih berilmu, dan berapa banyak pembawa ilmu yang tidak berilmu."


Hadis riwayat Abu Daud , An Nasaei, Ibn Majah dan At Tirmidzi, dan dia berkata hadis ini Hasan.


وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ


Dan dari Abdullah bin Mas'ud berkata; aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Allah akan memperindah dengan cahaya kepada orang yang mendengar sesuatu dariku kemudian dia sampaikan sebagaimana dia mendengarnya, betapa ramai orang yang menyampaikan lebih faqih dari yang mendengar.

Abu Isa berkata; 'hadits ini Hasan Shahih,

*Penerangan:

1- Lafaz نَضَّرَ bermaksud Allah kurniakan wajah bercahaya,bersih ceria dan boleh juga dimaksudkan dengan Allah mengelokkan perbuatan seseorang hingga beroleh kejayaan dunia akhirat.


2- Lafaz وَرُبَّ ada dua terjemahan:

(a) Amat sedikit / kadang-kadang

(b) Amat banyak / ramai


3- Maksud hadis "kadang-kadang banyak juga dikalangan yang disampaikan padanya (pelajar) lebih pandai dari yang menyampaikan ilmu (guru).

Jadi hadis ini mengajak kita semua belajar ilmu dan tidak taksub dengan guru. Sebab kadang-kadang pelajar lebih mengerti ilmu secara mendalam kerana ramai gurunya dan banyak tambahan ilmu lain. Dan ini juga menganjur kepada orang alim agar sentiasa menambah ilmu.
Jangan mudah rasa cukup dengan ilmu yang ada.
Hasilnya akan bertambah ilmu dan bersikap lebih terbuka menerima apa saja perkara yang baru lagi benar.


Sambung teks buku.

Dan periwayatan hadis sentiasa tinggi kemuliaannya kerana ada di kalangan umat manusia yang adil lagi jujur (ulama) yang sanggup mengambil berat tentangnya agar terpelihara warisan peninggalan Nabi صلى الله عليه وسلم.


Seperti sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم

«يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلين» . رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ

"Akan mendukung ilmu ini oleh dikalangan setiap manusia terkemudian yang adil, mereka menafikan penyeleweng dari pelampau, fahaman golongan batil dan tafsiran penerangan dari orang bodoh"

Hadis Sohih riwayat Al Baihaqi.


*Penerangan hadis di atas : 

1- Sentiasa ada dikalangan manusia selepas dari ulama silam, manusia yang jujur mendukung serta membela dan menyampaikan ilmu ini.
Iaitu ilmu yang datang dari Nabi صلى الله عليه وسلم.. Mereka lah akan mempertahan Islam dengan menepis segala dakyah-dakyah jahat di kalangan manusia yang jahat ingin merosakkan kesucian Islam ini.
Dan dengan ilmu ini juga dapat menolak segala fahaman-fahaman sesat di kalangan manusia dan menjawab segala kekeliruan yang datang dari golongan sesat yang hendak selewengkan Al Quran dan Hadis.


2- Oleh itu sangat penting menguasai ilmu ini.. Dan hadis ini sebagai anjuran kepada kita semua agar mendalami ilmu Al Quran dan Hadis.


Sambung teks buku..

(Kesungguhan Para Sahabat) :

Dan mengikut riwayat masyhur dari Jabir رضي الله عنه "dia telah mengadakan perjalanan jauh ke Syam semata-mata kerana satu hadis dari Abdullah bin Unais

HR Ahmad dan Abu ya'la


Dan pernah Abu Ayyub رضي الله عنه bermusafir dari Madinah ke Mesir kerana hendak meriwayatkan Hadis dari 'Uqbah bin 'Amir.

HR Ibn Abdil Barri


Sambung teks

(Kesungguhan Para Tabein) :

Dan di kalangan Tabi'en dan ulama selepas mereka juga tidak kurang dari sahabat tahap kesungguhan mereka tentang ilmu hadis.


Bahkan di kalangan orang selepas sahabat-sahabat tetap bersungguh menurut jejak langkah para sahabat. Hingga Majlis-majlis pengajian mereka dihidupkan dengan ilmu-ilmu hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka sanggup bersusah payah mendapatkan hasil ilmu hadis serta sanggup bermusafir jauh dengan unta hanya kerananya.


Said Ibn Al Musayyab di kalangan Tabien besar pernah berkata " Sungguh aku pasti sanggup mengadakan perjalanan jauh beberapa malam dan siang hanya semata-mata satu hadis"

HR Ar Ramharmuzi dan Ibn Abdil Barri


Pernah 'Amir Asy Sya'bi ( tabien ) keluar pergi ke Mekkah kerana 3 hadis yang disampaikan padanya.
Dia berharap dapat bertemu dengan salah seorang sahabat dan boleh bertanya tentangnya.


Asy Sya'bi berkata: "Kami berikan ilmu hadis ini k3pada kamu tanpa sesuatu bayaran, padahal ada hal yang lebih remeh dari ini (persoalan masalah ini) dibawa ke madinah.."

HR Al Bukhari secara muallaq.

Maksudnya :

Ilmu hadis yang kamu pelajari sekarang kamu dapat percuma tanpa perlu susah payah mencari.. Padahal untuk dapat ilmu yang di anggap remeh persoalannya ada dikalangan ulama yang sanggup ke madinah supaya bertambah ilmu pengetahuannya..

Sudah ma'ruf di zaman dulu madinah adalah tempat pengajian ilmu terbesar.. Di tempat lain sudah ada ulama-ulama terkemuka pada zaman tu tapi masih ada di kalangan manusia yang sanggup pergi ke Madinah dan di mana saja tempat majlis ilmu walaupun sekadar mengambil satu hadis.. Sebab itu lah di kalangan mereka benar-benar memahami setiap hadis kerana mereka dapat dengan susah payah hasil usaha sendiri. Lalu mereka anggap sangat bernilai satu-satu ilmu yang datang dari Nabi صلى الله عليه وسلم
Jiwa dan sikap sebegini sepatutnya di kalangan kita semua patut buat sama.. Rebut lah peluang ketika masih ada peluang masa dan sihat..

Habis di sini terjemahan teks buku..


*****
Jadi, kesimpulannya.. Mulai hari ini kena tanamkan niat sungguh untuk belajar ilmu hadis ni.. Sbb selepas ini kena hafal teks buku pula.. Ilmu hadis wajib ingat jika nak mendalami ilmunya..

Jadi lah seperti para Sahabat atau pun Tabiean yang bersungguh berusaha untuk mengetahui ilmu ini.

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk dapat kebaikan.

Thursday, September 3, 2015

SIRI 1( 03/09/15) : PENGANTAR STUDI ILMU HADITH :MS 19

Oleh : Sheikh Manna' Qaththan

Pengertian Hadis Nabawi

Dalam kehidupan manusia,Manusia sangat berhajat kepada segala jenis maklumat2 ilmu yang banyak.

Secara dasar maklumat ilmu terbahagi 2;

Ikhbar naqli dan nazhru aqli.

Ikhbar Naqli ialah berita nukilan asal ilmu iaitu maksud di sini ialah kitab Al Quran dan hadis2 Nabi.


Nazhr Aqli pula ialah ilmu yang perlu di kaji selidik dengan alquran dan hadis.

*ilmu naqli dan aqli banyak perbahasannya. Yg penting maksud di sini ialah ilmu mesti belajar.dan kena belajar alquran dan hadis.paling kurang habis tafsir 30juzu alquran dan paling kurang habis satu kitab hadis sunan sittah.

*ilmu aqli juga dimaksudkan bagi ilmu yg penting juga iaitu alquran dan hadis.cumanya perlu ada pengajian dan selidikan dgn berpandukan nas.

.........Habis di situ..Sambung teks kitab...............

Allah telah kurniakan pendukung hebat di kalangan ummat ini di kalangan orang terdahulu yg terbaik yg jujur. Hasil pengorbanan mereka menjaga ilmu Alquran dan As Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم
Dan mereka lah orang2 yg sangat amanah dan jujur..

Di kalangan mereka ada menitik beratkan tentang ilmu tafsir Alquran. Maka mereka lah pentafsir Alquran sebenar..

Dan dikalangan mereka menitik berat Ilmu Hadis. Maka mereka lah Syeikhul Hadis sebenar.

Mereka ini lah ulama2 sebenar di kalangan sohabat2 dan tabien dan golongan setelah mereka yg menjaga ilmu hadis2 Nabi صلى الله عليه وسلم sejak zaman berzaman hingga kini.

Dan mereka lah yg sangat memberi kesan di dalam agama Allah..
Oleh itu apa saja yang mereka sampaikan tidak lain hanya dari penghayatan kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم dan kesan dari dakwah Nabi صلى الله عليه وسلم dan apa saja yg mereka tahu dari Nabi صلى الله عليه وسلم
Hingga mereka lah dikalangan manusia yg benar menepati maksud ayat ini.

Holy Quran 33:21
------------------
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Dan mereka juga di perintah agar pegang terima dengan taat apa yg di bawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan meninggalkan larangan Nabi صلى الله عليه وسلم

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Sangat hebat cara mereka ikut Nabi صلى الله عليه وسلم dengan cara yg sangat2 mendalam hingga sampai kepada maksudnya.
Sbb itu mereka tidak pernah tanya sebab musabab dan alasan munasabah apa.

Seperti kisah dalam albukhari meriwayatkan dari ibn umar رضي الله عنه "pernah Rasulullah صلى الله عليه وسلم memakai cincin emas lalu dikalangan sahabat2 pun cari pakai cincin emas(kerana nak ikut Nabi) kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم melemparnya lalu berkata aku tidak pakai kembali cincin ini selamanya.. Lalu sahabat2 juga lempar cincin mereka masing2..

Ibn hajar berkata ini dalil mereka sangat cepat bertindak meneladani perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم dan setiap yang Nabi tetapkan (bolehkan) mereka juga tetapkan dan stiap kali Nabi صلى الله عليه وسلم melarang maka mereka tinggalkan..

Habis di sini terjemah matan

Penerangan: 

Di sini lah suri tauladan yang patut bagi setiap di kalangan manusia ikuti..ini lah cara kaedah sebenar menuntut ilmu..belajar lah dgn ikut contoh pelajar terbaik iaitu sahabat2..pelajar terbaik hasil dari guru terbaik iaitu Nabi صلى الله عليه وسلم
Contohi sahabat nescaya dapat terhasil contohi kehidupan Nabi صلى الله عليه وسلم

Wallahu a'lam.. Setakat di sini sahaja mampu hari ini.. Maaf jika ada kekurangan..

Setelah di nilai kelas hari ni,
Sy ambil keputusan kena terjemah teks asal dari bahasa arab di ringkas dgn cara sy sendiri in sya Allah tidak di kurangkan maksud penting dlm kitab.. Dan utk rujukan boleh semak yg arab dan baca yg teks terjemahan.. in sya Allah akan byk dapat manafaatnya..
Jadi sesi pengajian kitab ini kita tumpu kepada teks asal agar bertambah kefahaman lg..

MUQADDIMAH TN GURU USTAZ SOLAHUDDIN AL AYYUBI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Quran 59:7

Mula2 belajar kita kena minta doa pada Allah supaya Dia permudahkan kita semua mendapat kebaikan

Ayat di atas dalil kewajipan kita semua menerima apa yg Nabi صلى الله عليه وسلم bawakan kepada kita.. Iaitu Al Quran dan As Sunnah

Begitu juga larangan Nabi صلى الله عليه وسلم juga wajib tinggalkan

Ini lah dalil penting utk kita mendalami ilmu alquran dan sunnah.

Bila sudah tahu kewajipan belajar, maka apa yg penting kena usaha bersungguh-sungguh dengan tekun dan tabah.. Hanya di kalangan mereka yang sabar sahaja yang berjaya menamatkan pengajian sebarang ilmu..
Oleh itu perbanyakkan doa pada Allah..

Habis di situ

******************************

Malam ini kena terangkan sedikit beberapa perkara penting:

-Kitab ini bernama Mabahis Fi Ulumil Hadis
-Pengarangnya : Manna' Al-Qatthan

-Teks buku ini di terjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.. Jadi sy cuba sedaya upaya perbetulkan beberapa ayat2 yg sukar nak faham jika ada.atau pun kesilapan2 cetak dan sebagainya sy semak dengan kitab edisi arab.

Jadi bagi sesiapa yg ada edisi arab tu molek la juga utk rujukan naskhah asal.

-kitab ini kitab ringkas intro tentang ilmu hadis.walaupun ringkas byk faedah penting ada dlmnya.sesuai juga utk rujukan ilmu hadis. Jadi, tak cukup lah dgn hanya belajar kitab ini tanpa belajar kitab2 lain yg bahaskan secara panjang lebar..walaubagaimana pun kitab ini sangat sesuai utk setiap lapisan masyakat samada alim ulama mahupun pelajar2.

Habis di situ

Mula kitab muka surat 19